fb fb fb fb fb

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM1.3 juta

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM1.3 juta

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM1.3 juta daripada tiga syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini.

Majlis penyerahan berlangsung di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penyerahan zakat perniagaan didahului CIMB Islamic Bank Berhad diwakili Pegawai Kanan Perbankan, Kumpulan Perbankan Borong CIMB Bank Berhad, Zainul Bahrin Hashim dengan bayaran berjumlah RM600,000.

Ia kemudian disusuli Telekom Malaysia diwakili Pengurus Besar Regulatory & Engagement TM Perak, Badrul Hisham Bahari dengan jumlah RM542,590.

Manakala THP Utara Facilities Sdn Bhd yang diwakili Pengerusinya, Dato Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM174,964.

Majlis penyerahan turut dihadiri Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Datuk Seri Mohd Annuar Zaini; YAA Tan Sri Dato Seri Zulkefli Ahmad Makinuddin; Tan Sri Dato Seri Panglima Mohamed Azumi Mohamed; Profesor Dato Dr. Ansary Ahmed dan pegawai yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Wan Maizura Wan Zahari.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI