IPOH, 7 Disember- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah di Ipoh, pagi tadi.
Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abd Rahim; Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid; dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Pengarah Perubatan Hospital Fatimah, Dr. Liaw Kok Toon dalam sembah ucapannya berkata, Hospital Fatimah ketika ini menyediakan hampir 30 perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran kesihatan.
Hospital tersebut juga mempunyai 236 buah katil dengan kekuatan staf seramai 641 orang orang.
Tambahnya lagi, Hospital Fatimah telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada lebih ramai pesakit melalui program ‘outsourcing services’.
Antara perkhidmatan tersebut adalah Magnetic Resonance Imaging, Cardiac Computer Tomography Scan dan Ultrasound.
Hospital Fatimah telah disempurnakan perasmiannya oleh Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah pada tahun 1974.