fb fb fb fb fb

Sultan Kedah titah graduan UUM perlu manfaat kemahiran bersama masyarakat

FOTO RTM

SINTOK, 10 November- Graduan Universiti Utara Malaysia UUM  diingatkan kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan ini, bukan sekadar untuk dinikmati diri sendiri,malah perlu dikongsi  dan dimanfaatkan dengan orang lain.
 
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Al marhum Sultan Badlishah bertitah bakat dan kemahiran yang ada pada graduan memberikan manfaat dan impak kepada masyarakat melalui penglibatan dalam bidang profesional atau sumbangan menerusi kerja kerja amal.
 
Titah baginda, nilai nilai moral yang dimiliki jangan dikorbankan seandainya graduan telah  berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.
 
Titah baginda lagi, kepimpinan yang sebenar bermula dengan menjaga kebajikan orang lain dan sentiasa berpegang kepada prinsip kejujuran.
 
Baginda bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia UUM, Sintok Kedah.

Sementara itu,seramai 114 graduan menerima ijazah dan pingat masing- masing.

Graduan berkenaan merupakan antara keseluruhan 6,742 .

Daripada jumlah itu seramai 5,539 terdiri daripada graduan sarjana muda,manakala 1,126 merupakan graduan pasca siswazah Doktor Falsafah,Doktor Pengurusan,Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana dan 77 graduan Diploma Eksekutif.

Selain itu,terdapat 412 graduan antarabangsa dari 24 negara antaranya 151 graduan dari negara Indonesia,55 graduan negara China, 31 Samolia, 29 Arab Saudi dan enam graduan dari negara Palestine.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE