fb fb fb fb fb

Sultan Kedah hadiri majlis bacaan Yasin sempena Hari Kebangsaan

Sultan Al -Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tengku Sarafudin Badlishah berkenan beramah mesra dengan para jemaah /Foto RTM

ALOR SETAR, 30 Ogos-Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah perkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin sempena Hari Kebangsaan peringkat Negeri Kedah 2024.
 
Majlis berkenaan diadakan di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah di di sini malam tadi (Khamis).
 
Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali.
 
Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehudin.
 
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin dan solat Isyak.
 
Sultan Al -Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tengku Sarafudin Badlishah kemudian berkenan beramah mesra dan bersalaman bersama para jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD