fb fb fb fb fb

Sultan Kedah berkenan ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 1445H

Foto Facebook Kedah Royal Family

ALOR SETAR, 7 April - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Sah Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 1445H bersamaan 2024 Masihi.

Majlis itu diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
 
Keberangkatan tiba Sultan Kedah serta Kerabat Diraja disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Datuk Paduka Syeikh Fadzil Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Ghani @ Zulkifli Zainuddin, serta dif-dif kenamaan yang lain.
 
Terdahulu, Sultan Kedah serta Kerabat Diraja turut berkenan menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah bersama-sama tetamu yang hadir sebelum meneruskan aturcara Majlis Sah Khatam Al-Quran.

TETITIA YUSOFF