ALOR SETAR, 24 September- Simpati dengan nasib yang menimpa penduduk yang terjejas banjir, Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menyantuni mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS di Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar
Sebaik tiba,baginda kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai kejadian banjir yang melanda negeri itu .
Tuanku Sallehuddin seterusnya berkenan menyantuni penduduk yang terjejas banjir dan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada mereka.
Baginda turut menitipkan kata kata semangat atas musibah yang berlaku sambil berharap mereka bersabar dengan ujian itu.
Baginda berkesempatan beramah mesra bersama warga emas dan pesakit yang terlantar sebelum berangkat pulang.
PPS Stadium Sultan Abd Halim menempatkan seramai 170 keluarga melibatkan 588 penduduk yang terjejas.