ALOR SETAR, 27 Jun- Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah perkenan berangkat pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-82.
Berangkat sama, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.
Majlis diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar.
Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazudin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor.
Majlis bacaan Yassin dan doa selamat bermula sebaik sahaja selesai menunaikan solat magrib berjemaah yang dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.
Lebih 1,000 jemaah turut sama mengimrahkan majlis tersebut.
Baginda kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum berangkat pulang.