fb fb fb fb fb

Sultan Johor kurnia DMIJ kepada empat individu

JOHOR BAHRU, 22 November- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat yang Kedua, Dato Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda, hari ini.

DMIJ yang membawa gelaran Datuk dikurnia kepada Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin dan Ketua Unit Penjagaan Luka Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Profesor Datuk Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Turut dikurniakan DMIJ, Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor, Profesor Datuk Dr Kassim Thukiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Datuk Lukman Abu Bakar.

Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.


(Sultan Johor, Sultan Ibrahim bersama penerima SIJ)

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada sembilan individu.

Penerima ialah Juruiring Tentera Sultan Johor, Kolonel Mohd Shawal Arbanyin; Juruiring Polis Sultan Johor, ASP Mohd Irwan Rasul dan Juruiring Tentera Sultan Johor Leftenan Komander Bakhri Shah Abdullah.

Turut dikurnia SIJ ialah Pengurus Besar (Pembangunan Hartanah) YPJ Holdings, Nor Azleena Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor Zarina Abdul Kadir; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Ahmad Nazir Mohd Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor Abdul Malik Ismail.

Selain Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri, Mohd Zamri Kambari dan Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia, Korea Selatan, Muhammad Haidas Muhammad Sharif Song.

Media Baharu