
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).
- Pelaksanaan ONSA menjadikan Internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak melalui tanggungjawab jelas kepada platform dalam talian.
- Menguatkuasakan mekanisme pengesahan umur untuk menghalang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial.
- Menangani isu akaun palsu yang menyasarkan Raja-Raja Melayu dan ahli Kerabat Diraja.
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim, akta berkenaan dipersembahkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.
“Pelaksanaan ONSA bertujuan menjadikan Internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang jelas kepada platform dalam talian.
“Selain berperanan sebagai pelaksanaan mekanisme pengesahan umur (age verification) untuk hadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan juga keluarga,” menurut hantaran itu.
Akta berkenaan juga usaha menangani isu akaun palsu yang menyasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja.