fb fb fb fb fb

SUKNES: 36 DUN berentap

Foto Negerifm

SEREMBAN, 17 Februari- Sebanyak 144 pasukan dari 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berentap pada hari kedua Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) 2024 hari ini di Kompleks Sukan Paroi dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Kesemua pasukan itu terlibat dalam perlawanan sepak takraw, badminton berpasukan, bola jaring dan futsal.

Kesemua peserta hampir 2,000 orang termasuk teknikal dan pegawai pasukan.

Perlawanan yang diadakan sehingga esok, adalah untuk mencari pemain dan pasukan yang dapat melayakkan diri ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, Ogos depan.

Terdahulu, Exco Pembangunan Belia dan Sukan merangkap Ketua Kontinjen Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor memberitahu, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk berada pada kedudukan lebih baik iaitu sekurang-kurangnya tempat kesembilan daripada keseluruhan kontinjen yang bertanding dengan melepasi pencapaian 2022 bagi temasya SUKMA Ogos depan.

ROSLINA BINTI DIN