fb fb fb fb fb

Suhaimi Saad meninggal dunia

Foto facebook Inteam

KUALA LUMPUR, 15 November -  Bekas ahli kumpulan nasyid, In-Team, Mohd Suhaimi Mohd Saad, 43 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Sahabat kami yang kami kasihi Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi, pukul 7.40 malam

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," menerusi hantaran Inteam di laman Facebook rasminya.

Allahyarham yang juga suami kepada penyanyi Ina Naim, 39, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.

Terdahulu, Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak hasil perkahwinan dengan Ina Naim pada 2007.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka itu.

Melalui hantaran di Facebook, Fahmi mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah dengan ujian tersebut.

TETITIA YUSOFF