fb fb fb fb fb

Subjek ketamadunan Islam perlu disemak semula - PM

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Pengajaran subjek ketamadunan Islam perlu disemak semula di semua peringkat pendidikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting bagi memberi kefahaman jelas terhadap nilai kemanusiaan dan moral berlandaskan ajaran Islam.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Katanya, perbincangan melibatkan hal ehwal agama perlu dilakukan secara semak dan imbang seiring tradisi pembelajaran ilmu secara kritis.

"Jika buat kenyataan yang salah itu mesti ditegur. Kalau tidak (hanya) oleh kerana dia tokoh parti, dia ulama, kenyataan dia semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu, itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman yang lebih mendalam berdasarkan Al Quran, sunnah, ulama muktabar, dan kupasan-kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu, teguran, pembetulan. Ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran cara kritis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei "Knowledge, Tradition and Civilization: Essays in Honour of Professor Osman Bakar" di ibu negara.

Media Baharu