KUALA LUMPUR, 21 April- Sebuah stor di China Town Jalan Sultan di ibu negara musnah terbakar dalam kejadian malam tadi.
Insiden bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan nyawa.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, Khairul Anuar Hashim berkata, laporan kecemasan mengenai kejadian diterima oleh pihaknya pada pukul 11.00 malam.
Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, balai bantuan BBP Pudu, BBP Titiwangsa, BBP Sentul besama jentara digegaskan ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian tredapat kebakaran melibatkan sebuah stor baju yang berkeluasan 8x8kps terbakar 100 peratus dan tiada mangsa terlibat.
"Kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 11.32 malam," katanya dalam satu kenyataan.
Punca kejadian masih dalam siasatan.