
MELAKA, 10 April – Langkah proaktif diambil pihak kesihatan swasta sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat.
- Menambah stok ubat dan barangan perubatan untuk memastikan bekalan mencukupi sekiranya berlaku gangguan rantaian bekalan.
- Meningkatkan tempoh simpanan stok daripada dua bulan kepada empat bulan sebagai langkah berjaga-jaga.
- Langkah itu membantu Hospital Melaka menampung pesakit dan mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.
- Memperkukuh peranan hospital swasta sebagai sokongan kepada hospital kerajaan bagi memenuhi keperluan pesakit.
Antaranya termasuk menambah simpanan stok ubat-ubatan dan barangan perubatan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi sekiranya berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan global.
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra, Mohd Zahiruddin Ahmad berkata, pihaknya juga meningkatkan tempoh simpanan stok daripada dua bulan kepada sehingga empat bulan sebagai langkah berjaga-jaga.
Langkah tersebut juga bertujuan membantu Hospital Melaka dalam menampung pesakit dan mengelakkan kesesakan di hospital kerajaan.
“Dari segi pengurusan, kami mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan ubat-ubatan serta semua fasiliti perubatan mencukupi dan sentiasa tersedia.
“Kami tidak dapat menjangkakan tempoh situasi ini akan berlarutan, justeru simpanan stok yang sebelum ini sekitar dua bulan telah ditingkatkan sehingga empat bulan sebagai persediaan.
“Bekalan perubatan amat penting, dan kami juga mahu membantu mengurangkan beban hospital kerajaan”, katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jaket Keselamatan Hospital Pakar Putra di Bandaraya Melaka.
Persediaan ini sekali gus memperkukuh peranan hospital swasta sebagai sokongan kepada hospital kerajaan dalam memastikan keperluan pesakit terus dipenuhi.