BAYAN LEPAS, 22 September- Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 menggantikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itu sejak 1999.
Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam meraih jumlah undi kedua tertinggi iaitu 1,237 dalam pemilihan yang diputuskan pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang meraih undi paling tinggi iaitu 1,247 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying yang mendapat 827 undi, kekal sebagai Setiausaha DAP negeri.
Bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong Yeoh Soon Hin yang memperoleh 1,225 undi dan ADUN Tanjong Bungah Zairil Khir Johari (1,116) masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP negeri.
Kesemua kedudukan mereka ditentukan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat selepas selesai sesi pengundian.
Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang untuk penggal 2024/2027 terpilih dalam pemilihan yang melibatkan 31 calon bertanding.
Berikut senarai Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027:
Pengerusi: Steven Sim Chee Keong
Timbalan Pengerusi: Ramkarpal Singh
Naib Pengerusi: Zairil Khir Johari dan Datuk Yeoh Soon Hin
Setiausaha: Lim Hui Ying
Penolong Setiausaha: H'ng Mooi Lye
Bendahari: Teh Lai Heng
Penolong Bendahari: Lay Hock Peng
Setiausaha Organisasi: Phee Boon Chee
Penolong Setiausaha Organisasi: Lee Wee Seang (dilantik) dan Lim Siew Khim
Setiausaha Publisiti: Woo Sze Zeng
Penolong Setiausaha Publisiti: Soon Lip Chee
Pengarah Pendidikan Politik: Gooi Zi Sen
Jawatankuasa Negeri:
- RSN Rayer
- Phee Syn Tze
- Ooi Yong Woi (dilantik)
- Teh Chuan Yien
- Datuk Seri S.Sundarajoo (dilantik)
- Foo Yu Keong (dilantik)