
KUALA LUMPUR, 13 April -Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim hari ini melawat salah seorang anak angkatnya yang mendapat keputusan membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Diberi komputer riba untuk membantu Amani capai cita-cita menjadi anggota polis forensik.
- Amani anak tunggal dari keluarga susah; bapa meninggal enam tahun lalu, ibu kerja sebagai tukang cuci.
- Selepas menceritakan kesusahan kepada PMX, dia diambil sebagai anak angkat supaya fokus belajar tanpa beban kewangan.
Pada lawatan itu beliau beliau menghadiahkan sebuah komputer riba kepada Amani sebagai permulaan mencapai cita-cita menjadi seorang anggota polis forensik professional satu masa nanti.
“Saya percaya, Amani akan terus melangkah ke hadapan. Dia bukan sekadar anak angkat saya, tetapi simbol harapan setiap orang berhak mendapat peluang untuk berjaya.
“Jalan Teruih anak ku,” katanya dalam hantaran d Facebooknya.
Katanya, Amani merupakan contoh dari keluarga biasa namum mampu melangkah jauh jika diberi peluang.
Amani adalah anak tunggal dan telah kehilangan bapa sejak enam tahun lalu akibat sakit kencing manis.
Sejak itu, ibunya Puan Asma menyara hidup dengan bekerja sebagai tukang cuci rumah orang, pendapatan tidak menentu.
Tahun lalu, semasa lawatan PMX ke Permatang Pauh, Amani memberanikan diri tampil ke hadapan.
Dengan penuh kejujuran, dia menceritakan kesusahan hidupnya kepada PMX termasuk tidak mampu membayar kelas belajar motor.
Keluhannya membuatkan PMX mengarahkan pegawainya pergi ke rumahnya.
“Daripada situlah saya mula mengenali Amani, dan mengambilnya sebagai anak angkat saya agar dia tidak lagi memikirkan tentang kewangan untuk di teruskan belajar lebih-lebih lagi Amani akan berhadapan dengan SPM tahun lalu,” katanya.