Steven agih kurma buat 535 warga KUSKOP

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong mengagihkan kurma dari Nablus, Palestin kepada warga KUSKOP sempena Ramadan/Foto KUSKOP

PUTRAJAYA, 9 Mac – Semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), terus diperkukuh menerusi Program Agihan Kurma.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Steven Sim melawat setiap aras kementerian, beramah mesra dan berkongsi pandangan bersama 535 warga kementerian.
  • Kurma diedarkan berasal dari wilayah Nablus, dibeli di Pasar Palestin dan diusahakan komuniti Palestin di Malaysia.
  • Menteri telah menyokong perniagaan kurma sejak 2019, dan inisiatif ini mencerminkan semangat kemanusiaan sepanjang Ramadan.

Menterinya, Steven Sim turut meluangkan masa ke setiap aras bangunan kementerian untuk beramah mesra dan berkongsi pandangan bersama 535 warga Kementerian.

“Beliau turut meninjau pusat panggilan kementerian dan menyantuni petugas barisan hadapan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kurma yang diedarkan tahun ini dibawa dari wilayah Nablus, Palestin yang dibeli dari Pasar Palestin, diusahakan komuniti Palestin yang menetap di negara ini.

Pengagihan kurma kepada warga kementerian merupakan tradisi yang dilakukan beliau setiap kali menjelang Ramadan.

Tambah kenyataan itu, beliau telah mula menyokong perniagaan tersebut sejak tahun 2019.

Inisiatif kecil itu juga mencerminkan semangat kemanusiaan dan kebersamaan yang sentiasa menjadi pegangan Menteri khususnya ketika Ramadan.