fb fb fb fb fb

Stesen radio negeri perlu menguasai konsep hyperlocal - KP Penyiaran

Datuk Suhaimi Sulaiman

ALOR SETAR, 29 Jun- Kandungan bermutu dan pengetahuan mendalam mengenai isu-isu tempatan merupakan perkara paling penting yang perlu ditekankan dalam penyiaran radio di stesen-stesen radio negeri.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, stesen berkenaan perlu lebih relevan dengan memahami konsep hyperlocal (ciri atau perkaitan dengan kawasan kecil dalam kawasan tertentu).

Jadi, beliau melihat penstriman adalah satu kaedah atau infrastruktur yang boleh digunakan termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan sesuatu jenama itu boleh bertahan.

"...betul AI cuma membntu akhirnya kita yang berfikr ini memberi semula kepada penonton dan pendengar apa yang mereka mahukan. Sekiranya mereka ingin belajar, apa yang mereka ingin belajar dan sekiranya ingin ke depan, apa yang mereka mahu dari segi kandungan.

"Jadi  kita perlu mempunyai kepakaran terbaik, hiburan terbaik dan pengajaran trbaik supaya jenama kita dipercayai dan relevan. Akhirnya orang akan mencintai jenama itu, ini bagi membolehkan ia (jenama) itu bertahan," katanya selepas menjadi tetamu Program Eksklusif Bersama-sama Ketua Pengarah Penyiaran bertajuk Penstriman Radio Peranan Stesen-stesen Negeri di Kedahfm, di sini.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata setiap stesen negeri mempunyai ciri-ciri budaya tempatan dan keunikan tersendiri untuk dipersembahan kepada penonton dan pendengar.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Saifuzzaman Yusop dan Pengarah Jabatan Penyiaran Kedah Nur Hafizoh Idris.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI