fb fb fb fb fb

Status pengundian Parlimen Padang Serai ditentukan Jumaat ini

PUTRAJAYA, 16 November- Status pengundian untuk kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah akan ditentukan melalui satu Mesyuarat Khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak memaklumkan, pihaknya telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya menyatakan fakta berkaitan kematian calon.

"SPR turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karupaiya A/L Mutusami calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen P.017 Padang Serai," menurut kenyataan itu.

(Status pengundian Parlimen Padang Serai ditentukan Jumaat ini)

Media Baharu