fb fb fb fb fb

Status MITRA: Tunggu pengumuman Perdana Menteri - Ramanan

ngerusi Jawatankuasa Khas MITRA, Datuk R. Ramanan/FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Keputusan mengenai status pentadbiran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA, Datuk R. Ramanan berkata, beliau masih menunggu pengumuman Anwar mengenai kedudukan MITRA sama ada unit itu kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau dipindahkan semula ke Kementerian Perpaduan Negara.

"Setakat ini Perdana Menteri belum lagi buat pengumuman. Jadi, saya sebagai pengerusi pasukan petugas khas...saya akan menjalankan tugas saya seperti biasa.

"Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa terdekat,” ujarnya ketika diminta mengulas status itu dalam sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dilantik sebagai Pengerusi MITRA pada bulan April lalu oleh Perdana Menteri.

Kemudian pada 12 Disember, Anwar mengumumkan pelantikan Ramanan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mengambil tempat K Saraswathy yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Perpaduan.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN