Status atlet bukan penghalang Izzatul Musfirah peroleh 9A

Izzatul Musfirah

KUALA TERENGGANU, 1 April Izzatul Musfirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong membuktikan status sebagai atlet bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik, buktinya dia berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Status atlet bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan akademik dengan disiplin dan komitmen.
  • Keseimbangan akademik dan sukan dicapai melalui pengurusan masa dan fokus yang bijak.
  • Perancangan masa depan dibincang bersama keluarga, tanpa mengabaikan kerjaya sebagai atlet negeri.
  • Kejayaan ini memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dan mengejar impian.

Kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda bahawa keseimbangan antara akademik dan sukan mampu dicapai dengan disiplin serta komitmen tinggi.

“Alhamdulillah, keputusan yang saya peroleh sangat menggembirakan, iaitu straight A. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini dan pada masa sama berasa gembira kerana saya tahu betapa sukarnya perjalanan untuk mencapainya.

“Dalam tempoh itu juga, saya perlu bijak menyeimbangkan antara akademik dan sukan,” katanya.

Izzatul turut memaklumkan perancangan masa depan masih dalam perbincangan bersama keluarga dan pihak terdekat bagi menentukan hala tuju terbaik, tanpa mengabaikan kerjaya sebagai atlet negeri.

Kisah kejayaan Izzatul membuktikan bahawa semangat juang, disiplin dan fokus mampu menjadi kunci kejayaan dalam kedua-dua bidang, sekali gus memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing.