fb fb fb fb fb

STAM 2023: Terengganu atasi gred purata kebangsaan

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jelani Sulong

KUALA TERENGGANU, 26 Mac- Terengganu merekodkan Nilai Gred Purata Negeri 2.79 mengatasi Nilai Gred Purata Kebangsaan 3.09 dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2023.

Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin muncul sekolah terbaik keseluruhan dengan Gred Purata Sekolah 2.37.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jelani Sulong berkata empat lagi sekolah terbaik , Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman, Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu , Institut Pengajian Islam serta Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman.

"Alhamdulillah calon daftar, kita ada enam buah sekolah dan satu calon persendirian iaitu jumlah calon yang daftar 168 calon dan keseluruhan kehadiran peperiksaan STAM ini iaitu 98.21. Kita ada tujuh calon terbaik untuk peringkat KPM dan agama negeri iaitu ada empat lelaki dan tiga perempuan", katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan keputusan kepada tujuh pelajar cemerlang STAM Terengganu 2023 di SMAZA Batu Butuk Kuala Terengganu.

Dalam pada itu pelajar cemerlang STAM 2023 Terengganu Nik Abdullah Hanif Nik Mohd Akbari, 19 tahun berkata istiqamah dalam mengulang kaji pelajaran serta menjaga hubungan baik dengan keluarga, guru serta rakan-rakan adalah rahsia kecemerlangannya dalam peperiksaan tersebut sehingga berjaya memperolehi sembilan Mumtaz dan satu Jayyid Jiddan.
 

ROSLINA BINTI DIN