fb fb fb fb fb

SPRWTS ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilaksana tahun ini

Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 3 Januari- Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan kementerian atau kerajaan pusat, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tanpa peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ia akan menangguhkan pembinaan projek berkenaan.

Perkara itu juga bergantung kepada keberkesanan kedua-dua jawatankuasa Perak dan Pulau Pinang untuk menyakinkan kementerian bagi kelulusan peruntukkan pembinaan projek tersebut.

"Tanpa kelulusan peruntukan itu tiada perjanjian boleh dialkukan. Jadi kalau kita nak buat perjanjian sekarang pun tidak boleh kerana tarif harga akan ditentukan oleh kementerian.

"Jadi sebab itu kita setujulah lagi cepat dibuat lagi bagus, tetapi bergantung kepada peruntukan kementerian," katanya dalam sidang media pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Darul Ridzuan di sini.

November lalu, Kerajaan Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan antara kedua-dua setiausaha kerajaan negeri mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun Saarani berkata penjualan bekalan air terawat itu tertakluk kepada perjanjian.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI