fb fb fb fb fb

SPRM turun padang, tangani rasuah dalam organisasi

Ketua Sektor Inisiatif Antirasuah, Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan

KUALA LUMPUR, 24 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh peranannya bagi menangani isu rasuah dalam organisasi.

Ketua Sektor Inisiatif Antirasuah, Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan organisasi terlibat termasuk menggunakan pendekatan turun padang dan bersemuka.

"Kita akan mendekati jabatan dan organisasi berkenaan. Kita akan memberikan cadangan syor serta nasihat kepada ketua jabatan dan syor-syor itu perlulah dilaksanakan oleh jabatan berkenaan supaya isu-isu itu tidak berulang di masa akan datang." katanya.

Tambahnya, setiap anggota masyarakat juga perlu memainkan peranan bersama SPRM, bagi menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Trainee