fb fb fb fb fb

SPRM sita lapan kenderaan mewah, milik individu terbabit kesalahan jenayah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Mac- Lapan kenderaan mewah bernilai hampir RM6 juta disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua kenderaan dipercayai milik beberapa individu yang terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPR, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, sindiket itu turut dikesan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram menerusi aktiviti syarikat pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen bagi mengaburi pihak berkuasa.

Individu yang dikenal pasti merupakan pemilik syarikat dan orang tengah yang bertanggungjawab membayar wang sogokan kepada pegawai di sebuah agensi penguat kuasa.

Kegiatan penyeludupan itu telah menyebabkan ketirisan hasil cukai bernilai lebih RM400 juta, selain wang rasuah berjumlah lebih RM8 juta yang dibayar menggunakan akaun keldai kepada penjawat awam yang juga rakan subahat mereka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen (b) Akta SPRM 2009.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM