fb fb fb fb fb

Isytihar harta: Tun M disiasat, dua anak diberi notis - SPRM

Azam Baki

GUA MUSANG, 25 April- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kes termasuk kesalahan yang dilakukan kesemua mereka tidak akan diperincikan lagi buat masa ini.

"Saya mengesahkan beliau (Tun Dr Mahathir) adalah antara yang disiasat, penyiasatan terhadap beliau (turut) mengaitkan kedua-dua anaknya.

"Kita telah memberikan notis kepada kedua-duanya untuk mengisytiharkan harta-harta mereka dalam tempoh dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 26 Akta SPRM 2009.

"(Bagaimanapun), saya tidak boleh memberikan maklumat lanjut tentang apa kesalahan dilakukan mereka ataupun lebih spesifik yang ditohmahkan terhadap Tun Dr Mahathir.

"(Jadi), biar penyiasatan berjalan dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menggesa dua anak kepada Tun Dr Mahathir supaya membuat pengisytiharan harta dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh didakwa. 

SITI AISHAH MD ISA