fb fb fb fb fb

SPRM lancar pelan NACS 2024-2028

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Satu dokumen baharu dibangunkan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

SPRM dalam kenyataan berkata ia telah dipersetujui kerajaan dan dikenali sebagai Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) dan diletakkan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Penggantian ini menjadi langkah kerajaan dalam membangunkan strategi pembanterasan rasuah nasional yang selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC)," kata kenyataan itu.

Dokumen itu diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Secara keseluruhan, NACS menekankan lima strategi termasuk Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif.

Selain itu, pelaksanaannya akan diterajui oleh 19 agensi dan 60 substrategi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM