fb fb fb fb fb

SPM 2022: 51 sekolah Johor capai kelulusan 100 peratus

(FOTO RTM)

JOHOR BHARU, 8 Jun-Johor merekodkan pencapaian terbaik indeks Gred Purata Nasional (GPN) dalam tempoh lima tahun, bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, iaitu 4.59.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) (Sektor Pengurusan Sekolah), Anuar Sukiran berkata, rekod tersebut merupakan peningkatan 0.16 mata, berbanding 4.75 pada 2021.

Seramai 20 calon SPM memperoleh pencapaian cemerlang, A+ bagi semua mata pelajaran, manakala bilangan calon cemerlang meningkat kepada 2.73 peratus.

Selain itu, bilangan calon layak menerima sijil juga meningkat kepada 91.54 peratus, berbanding 87.5 peratus pada 2021.

"Berdasarkan pencapaian SPM 2022, terdapat 51 buah sekolah di negeri Johor, telah mencapai kelulusan seratus peratus layak mendapat sijil yang meliputi sekolah-sekolah di Bandar dan luar bandar.

"Sejumlah enam buah sekolah berasrama penuh memperoleh kelulusan seratus peratus", katanya mengumumkan keputusan SPM 2022 di Dewan Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), di sini hari. ini.

Sebanyak 21 daripada 69 sekolah luar bandar, dan 33 daripada 47 sekolah bandar, mendapat kelulusan seratus peratus layak mendapat sijil.

Anuar turut berkata 15 subjek merekodkan peningkatan, dengan Subjek Sejarah menunjukan peningkatan ketara, 3.46 peratus, diikuti Matematik, 2.12 peratus.

Jumlah calon layak menerima sijil yang lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah pula, meningkat kepada 91.54 peratus.


(FOTO RTM)

 

 

Media Baharu