SENAWANG, 20 Mei - Pembangunan kawasan industri baharu SPD Tech Valley di Senawang, dijangka akan menjadi penggerak ekonomi baharu di Negeri Sembilan, dengan jangkaan mencipta lebih 40,000 peluang pekerjaan pada masa hadapan melalui sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pembangunan kawasan industri baharu yang berkeluasan seluas 523 ekar itu bakal dilengkapi dengan kemudahan dan keperluan buat pemain-pemain industri serta kemasukkan pelaburan asing dan tempatan yang akan menyumbang secara signifikan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.
"Kita ingin bawa Industri Teknologi Hijau.Kita anggarkan pelaburannya lebih kurang RM3 bilion.
"Jadi, ia merupakan pelaburan besar yang akan dapat menjana ekonomi negeri", kata Aminuddin demikian pada Majlis Pecah Tanah SPD Tech Valley di sini.