fb fb fb fb fb

SPAN perlu langkah mitigasi hadapi cuaca panas berlarutan - Akmal

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (dua dari kiri) lawatan Progress Kemajuan Pasar Kampung Melayu Majidee hari ini

JOHOR BAHRU, 28 Julai - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarahkan untuk membuat langkah mitigasi, sekiranya keadaan cuaca panas berlarutan.

Antara inisiatif akan diambil termasuk, pengoperasian bekalan air disusun semula agar agihan air dapat dibekalkan kepada kawasan terjejas dan Operasi Pembenihan Awan (OPA).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, OPA pernah dilaksanakan di Kelantan sebelum ini, bagi meningkatkan paras air sungai di negeri itu.

“Pembenihan awan ini akan melibatkan agensi-agensi yang lain, jika perlu memang kita akan panjangkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan, jadi sebarang kaedah seperti pembenihan awan itu tertakluk kepada situasi dan juga perbincangan dengan kementerian yang lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas lawatan Progress Kemajuan Pasar Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Dalam pada itu, paras air empangan di seluruh negara akan terus dipantau SPAN, untuk memastikan bekalan air mencukupi.

Terdahulu, paras air Tasik Gubir di Empangan Muda, Kedah semakin susut dan mencatatkan takungan air sebanyak 9.96 peratus, pada 25 Julai lepas.

GRACE AISYAH KEDAYAN