(Foto fail)
KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Kementerian Kesihatan akan meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 pada Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke 15 .
Jelas Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, penelitian bagi mengenal pasti pendekatan terbaik sedang giat dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SOP berkenaan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Kita akan bincang lagi sekali dengan pihak SPR untuk lihat SOP masa hari pengundian, SOP penamaan calon macam yang kita lihat hari ini. Cuma kepada yang bergejala kita galakkan menjaga kedaaan dan (memakai) pelitup muka sebagainya," kata Dr Zaliha ketika ditemui semasa mengiringi Calon Parti Pakatan Harapan yang bertanding di Kuala Terengganu.
Beliau turut menasihati orang ramai yang bergejala agar mengamalkan langkah pencegahan sepanjang tempoh berkempen dan pada hari pengundian 12 Ogos depan.
(Dr Zaliha berkata penelitian bagi mengenal pasti pendekatan terbaik sedang giat dilaksanakan
bersama SPR dan SOP berkenaan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat)