PUTRAJAYA, 24 Jun- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) sebagai opsyen kepada pengguna untuk mengawal bil elektrik.
Menurut menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad, "bagi menggalakkan lagi pemasangan sistem solar PV terutamanya pada struktur bumbung premis bangunan.
"Kerajaan juga telah melakukan ketetapan untuk melonggarkan syarat di bawah Program Net Energy Metering (NEM) dan Program Self-Consumption for Solar PV Installation (SelCo)," katanya kepada pemberita di sini.
Antara kelonggaran syarat termasuklah had kapasiti setiap rumah bagi permohonan Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) Rakyat.
Had kapasiti sistem solar PV yang dibenarkan di bawah Program NEM NOVA dan Program Pemasangan Solar PV untuk Kegunaan Sendiri (SelCo) ditingkatkan daripada 75 kepada 85%.
Pelaksanaan ketetapan baharu bawah NEM dan SelCo akan berkuat kuasa mulai 15 Julai berpandukan garis panduan yang akan dikemas kini oleh Suruhanjaya Tenaga.
(Nik Nazmi Nik Ahmad)