PUTRAJAYA, 17 Ogos- SME Bank melancarkan SME Bank Xcess 2024 melibatkan seramai 120 pemain industri akan dihubungkan dengan 24 pembeli dari 12 negara bagi memperkasa dan melonjakkan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program itu menawarkan platform padanan perniagaan, rangkaian dan peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan peringkat antarabangsa.
Menurut beliau, dengan adanya program seperti ini ia kan meluaskan lagi jangkauan produk PKS tersebut di peringkat antarabangsa.
"Supaya sumbangan nilai export daripada PKS itu akan terus melonjak lebih baik dari tahun ini dan tahun akan datang berbanding sebelum ini.
"...saya ucapkan tahniah kepada SME Bank atas inisentif untuk melaksanakan SME Bank Xcess 2024," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program SME Bank Xcess 2024 di sini.