fb fb fb fb fb

SM-WEZ: Kerajaan negeri Melaka meterai MoU dengan 29 syarikat konsesi

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 9 Julai- Kerajaan Negeri Melaka telah menandatangani perjanjian penambakan laut bersama 29 syarikat konsesi bagi pembangunan projek berimpak tinggi di kawasan  Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ).
 
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi perjanjian itu, sebanyak 2,192.38 hektar kawasan laut akan ditambak bagi tujuan pembangunan.
 
Menurut beliau,  Kementerian Kewangan juga sudah meluluskan pembangunan di kawasan SM-WEZ melibatkan pengendalian RORO serta pembinaan Limbungan kapal dan kelulusan dasar bagi pembangunan pelabuhan laut dalam.
 
"SM-MWEZ telah melaksanakan sebanyak 14 Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling- (EIA) bagi projek tambakan telah diluluskan oleh JAS dari tahun 2013 sehingga 2024 dan satu EIA Makro yang diluluskan pada tahun 1999 bagi projek-projek tambakan di dalam kawasan SMWEZ di mana 15 laporan EIA yang telah diluluskan sebanyak tiga projek penambakan telah disiapkan. Dua projek sedang dilaksanakan, 10 projek yang masih belum bermula,"katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pertanyaan lisan semasa Persidangan Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka ke Lima Belas di Seri Negeri, Ayer Keroh.
 
Tambahnya, antara projek adalah Pelabuhan Baharu Utara, Pelabuhan Baharu Laut Dalam Selatan, Pembangunan Jeti Kapal Persiar (Terminal Cruise) dan Pembangunan Chalet Terapung.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE