fb fb fb fb fb

SKU hab FAMA Alor Gajah dijangka meningkat tahun ini

Setakat ini sebanyak 75 penyimpanan stok (SKU) ada di hab pengedaran pejabat FAMA Daerah Alor Gajah

ALOR GAJAH, 27 Januari - Hab Pengedaran Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Alor Gajah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM540,000 sejak memulakan operasinya pada awal Januari tahun lalu.

FAMA Melaka memaklumkan setakat ini sebanyak 75 penyimpanan stok (SKU) terdapat di hab berkenaan yang merangkumi sayur, buah, minyak, tepung dan pelbagai kemudahan asas lain.

Ia dijangkakan akan meningkat kepada 150 SKU tahun ini dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM1 juta.

Hab pengedaran ini bagi memudahkan proses rantaian bekalan dilaksanakan dan dipasarkan secara terus kepada pengguna, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

FAMA juga dalam proses membangunkan Hab Pengedaran (daging) di daerah Jasin yang dijangka akan beroperasi pada Oktober depan dan bakal menjadi pembekal utama daging di kawasan setempat dan sekitar Jasin.

TETITIA YUSOFF