fb fb fb fb fb

Skim galakan akan bantu tingkat pengeluaran koko - Fadillah

Setakat ini, Malaysia hanya menghasilkan sekitar 5,000 tan koko kering di seluruh negara.

BINTULU, 28 Oktober- Kerajaan akan melancarkan skim galakan bagi meningkatkan pengeluaran koko di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini, pengeluaran koko di negeri itu amat sedikit. 
 
"Setakat ini, Malaysia hanya menghasilkan sekitar 5,000 tan koko kering di seluruh negara.
 
"Jumlah itu tidak mampu menampung keperluan domestik dengan permintaan yang kian bertambah," katanya kepada pemberita selepas majlis Jelajah Tanaman Koko dan Demonstrasi Coklat Buatan Tangan di Kampung Kuala Segan di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM