fb fb fb fb fb

Skandal LCS: Cadangan penubuhan RCI telah dibentang kepada Kabinet

(Datuk Seri Hishammuddin sidang media selepas melancarkan kibar Jalur Gemilang
bersempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah dibentangkan ke peringkat Kabinet, hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan penubuhan RCI bergantung pada hasil perbincangan dalam Jemaah Menteri itu.

"Apa yang dibincangkan dalam Kabinet masih dibincang dan apabila sudah selesai berbincang dan dapat pendirian yang jelas untuk mendapatkan pandangannya.

"Sebab itulah saya harap bahawa jangan fikir isu RCI sahaja kerana kertas-kertas laporan yang telah diumum dalam proses pengubahan status untuk melihat ke hadapan projek ini sedang berjalan lancar sekarang," kata Hishammuddin dalam sidang media selepas melancarkan kibar Jalur Gemilang bersempena sambutan bulan kebangsaan peringkat Kementerian Pertahanan di sini.

(Cadangan penubuhan RCI telah dibentang kepada Kabinet)

 

Media Baharu