fb fb fb fb fb

Skandal 1MDB: Kerajaan MADANI baiki kelemahan kerajaan terdahulu

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Julai - Tuduhan mengenai anggaran kerugian negara akibat skandal 1MDB yang mencecah 18 bilion US DOLLAR (AS$18 bilion) disifatkan sebagai gambaran jelas kerosakan yang diwarisi kerajaan MADANI daripada pentadbiran terdahulu.

Jelas Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, penjelasan mengenainya juga sebagai menjawab tuduhan yang dilemparkan wartawan Bradley Hope bersama Tom Wright berkaitan skandal tersebut.

Sejak hari pertama menerajui pentadbiran negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti berusaha memperbaiki keadaan kewangan negara dan apabila kewangan negara mula menunjukkan pemulihan, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada rakyat bagi meringankan beban dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

"Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan, dukungan dan kesabaran yang terus diberikan sepanjang usaha-usaha memperbaiki dan memulihkan negara dijalankan.

"Walaupun terdapat segelintir pihak termasuk Ketua Pembangkang yang berterusan menghina, mencerca serta mengaitkan beliau hampir setiap hari terutamanya di media sosial, Perdana Menteri tidak berganjak, tidak berkecil hati dan tetap komited untuk melaksanakan agenda Kerajaan MADANI demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN