fb fb fb fb fb

SK Senderut terbabit kebakaran, sebuah blok musnah

FOTO BOMBA KUALA LIPIS

KUANTAN, 1 Februari- Bomba mengesahkan kejadian sebuah blok di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut di Pos Senderut, Kuala Lipis musnah akibat kebakaran malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria menerusi satu kenyataan berkata kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.29 malam, bagaimanapun perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa tiga jam 17 minit kerana hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

"Bomba menggunakan sumber air terbuka dan api berjaya dikawal pada 3.23 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 4.53 pagi," katanya.

Zulfadli berkata operasi melibatkan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Koyan, Kuala Lipis, kira-kira 47 kilometer (km) dari lokasi kejadian, sebelum mendapat bantuan dari BBP Raub, sekitar 70 km dari SK Senderut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE