fb fb fb fb fb

SK Putrajaya Presint 11(1) menang Pertandingan Sekolah Sihat AIA

Kemenangan itu diumumkan pada satu majlis yang berlangsung di Bali, Indonesia, semalam.

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) (SKPP11 (1) muncul sebagai pemenang bagi Pertandingan Sekolah Sihat AIA, menewaskan 2,300 sekolah dari seluruh Asia Pasifik.

Kemenangan itu diumumkan pada satu majlis yang berlangsung di Bali, Indonesia, semalam.

SKPP11 (1) tampil dengan inisiatif aplikasi mudah alih kesihatan HELPIE yang inovatif untuk para pelajarnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM472,100).

Direka bentuk untuk meningkatkan kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar, aplikasi itu menyediakan alat untuk mengenal pasti dan pengurusan tekanan, bersama-sama dengan permainan dan kempen kesihatan yang menarik.

Ketua projek, Mohd. Saharudin Setapa berkata aplikasi itu memberi manfaat kepada lebih 500 pelajar dengan membantu mengurangkan tahap tekanan daripada 34 peratus kepada 18 peratus, manakala 92 peratus melaporkan pemahaman emosi yang lebih baik.

'"Jutaan terima kasih kepada AIA kerana memilih sekolah kami. Anugerah ini adalah bukti kerja keras kita dan menjadikan sekolah kita paling sihat di negeri kita dan negara kita.

"Kami berharap pada masa akan datang kami dapat berkongsi kesan projek itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga kepada negara lain. Kami berharap kami dapat menggunakan projek ini untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik untuk komuniti dan sekolah kami," katanya.

Diasaskan berikutan pandemik COVID-19, Pertandingan Sekolah Sihat AIA memupuk gaya hidup aktif, kesejahteraan mental dan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar di Asia pada masa yang amat genting itu.

Program unik itu memberikan peluang kepada sekolah-sekolah untukmempamerkan kejayaan mereka, menyediakan platform untuk mereka berkongsi amalan terbaik supaya semua sekolah di seluruh Asia boleh mengubah dan meningkatkan usaha mereka untuk mempromosi kesihatan dan kesejahteraan.

Pertandingan Sekolah Sihat AIA dibuka kepada sekolah-sekolah di Hong Kong, Australia, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

ZEHRA BINTI ZAMBRI