fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Pahang semakin baik

Di Pahang lima PPS masih dibuka

KUANTAN, 30 Disember - Penduduk terjejas banjir di Pahang direkodkan semakin berkurangan dan beransur pulih.

Setakat pukul 1.00 tengah hari tadi seramai 133 penduduk terjejas banjir daripada 37 keluarga masih ditempatkan di lima PPS berbanding 138 orang daripada 39 keluarga, semalam.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di daerah Maran seramai 30 orang masih berada di Balairaya Kampung Baru Pertanian, 41 orang di SK Chenor dan lima orang di SK Serengkam.

"Daerah Bera, seramai 46 orang masih berada di SK Bukit Gemuruh. Manakala di daerah Temerloh, seramai 11 orang ditempatkan di SK Temerloh Jaya," menurut portal itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana APM Pahang dalam kenyataannya berkata, keadaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa memandangkan Pahang masih dalam Fasa Monsun Timur Laut.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) juga akan terus dibuka di Pejabat APM untuk tujuan pemantauan.

TETITIA YUSOFF