fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Kelantan tidak berubah

FOTO FAIL

BACHOK, 1 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan tidak berubah.

Menurut Portal Info Bencana Banjir JKM, setakat pukul 7.00 petang seramai 574 penduduk terjejas melibatkan 175 keluarga masih berlindung di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Bachok.

"Dua PPS yang beroperasi di Bachok ialah SK Jelawat dengan 109 individu manakala di SMK Beris Panchor 239 individu.

"Sementara 226 individu ditempatkan di SK Gual Tok Deh di Pasir Mas," kata portal itu.

Laman sesawang Public info banjir JPS pula melaporkan, bacaan paras air di sungai-sungai utama di Kelantan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding petang tadi.

Dua sungai iaitu Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras amaran iaitu masing-masing 17.41 meter dan 8.46 meter.

Manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok pula melepasi paras waspada iaitu masing-masing 2.12 meter dan 7.12 meter.

TETITIA YUSOFF