fb fb fb fb fb

Situasi banjir di Johor tidak berubah

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 13 Januari- Jumlah penduduk terjejas di Johor kekal 4,982 orang setakat pukul 6 pagi tadi.

Mereka masih berlindung di 34 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan enam daerah di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan, Kota Tinggi masih kekal paling ramai dengan 3,773 penduduk terjejas ditempatkan di 23 PPS.

Ia diikuti dengan Mersing, 620 penduduk daripada 187 buah keluarga ditempatkan di empat PPS.

Di Kluang, seramai 350 orang ditempatkan di tiga PPS manakala Segamat kekal 89 orang sejak malam tadi di dua PPS.

Johor Bahru, 80 penduduk ditempatkan di sebuah PPS dan Batu Pahat, 70 orang daripada 19 keluarga berlindung di sebuah PPS.

 Jalan Tanah Abang di Mersing, Lingkaran Kahang Barat (Felda Kahang Barat) dan selepas Felda Kahang Barat, Kluang ditutup untuk semua kenderaan.

Met Malaysia melaporkan hujan lebat berterusan tahap buruk, dijangka berlaku sehingga Ahad ini di Johor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE