KUALA LUMPUR,11 April-Pelaksanaan Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) akan diperluas ke sempadan darat Malaysia dengan tiga lagi negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Brunei.
Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan,Datuk Hasbi Habibollah berkata Ini bagi memudahkan pemantauan pergerakan dibuat sepanjang kenderaan dari negara-negara itu berada di Malaysia.
" Peraturan ini akan dikuatkuasakan dengan guna sistem caj jalan dan permit kemasukan kenderaan motor asing yang sudah dipasang di dua pintu masuk Malaysia-Singapura", katanya di Parlimen.
Sistem VEP mula dilaksana pada Jun 2016, membabitkan sempadan Malaysia dengan Singapura.
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat mengumumkan Kenderaan persendirian milik warga asing yang dipandu di Malaysia, bakal dikenakan caj permit masuk kenderaan (VEP).
Beliau berkata, pelaksanaan caj VEP itu akan dibuat secara berperingkat dan bakal dimulakan di sempadan Malaysia-Singapura, diikuti dengan kawasan perbatasan Malaysia-Thailand.
(Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah)