fb fb fb fb fb

Sistem saraan perkhidmatan awam belum dimuktamad- Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/BERNAMA

JASIN, 26 Januari- Sistem saraan perkhidmatan awam masih dalam kajian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sistem tersebut masih belum dimuktamadkan dan kajian terperinci sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, setakat ini belum ada pengumuman khusus terhadap skim saraan baharu itu, selain pekeliling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memaklumkan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.

“Sekiranya memberi komen, bagi saya wajar kita bersikap adil mendapatkan penjelasan penuh dan saya difahamkan Menteri Kewangan, kedua telah memberi satu kenyataan mengenai keadaan fiskal keadaan keberhutangan negara dan saya rasa kita belum selesai lagi proses kajian semula skim saraan itu.

"Maka saya pohon tidak menjadi masalah kita nyatakan pandangan, tetapi yang penting untuk kita faham proses itu sedang berjalan...belum selesai, belum ada pengumuman khusus apakah bentuk skim saraan yang baharu dan pada masa yang sama Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan bersikap adil", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada bekas penerbit rancangan RTM Melaka Norazlin Mohamad, 52 tahun, yang kini menghidap masalah buah pinggang dan diabetes sehingga menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong di Jasin, Melaka.

ROSLINA BINTI DIN