fb fb fb fb fb

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Sistem ramalan cuaca yang cekap serta tindakan pantas penting dalam mengurangkan risiko bencana di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) atas komitmen berterusan dalam menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.

“Anda adalah ‘barisan hadapan cuaca’ yang memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi, para pahlawan cuaca,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, Ahmad Zahid turut mengucapkan selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2025 yang diraikan hari ini.

Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, “Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal”, mengingatkan bahawa setiap saat dalam penyampaian amaran awal mampu menyelamatkan nyawa.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN