fb fb fb fb fb

Sistem perolehan aset ATM perlu dirombak, elak campur tangan luar - PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Sistem perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dirombak bagi memastikan tiada lagi pihak luar mengaut komisen yang keterlaluan daripada proses perolehan aset.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rombakan itu perlu bagi mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan perolehan aset pertahanan negara.

(Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Usahawan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM / FOTO BERNAMA)

"Kita anjurkan kepada kepimpinan angkatan tentera, sistem perolehan mesti dirombak tidak boleh lagi campur tangan daripada pihak luar.

"Ketua-ketua turus dipertanggungjawabkan untuk memilih kapal perang, pesawat, kereta kebal dan kelengkapan lain yang terbaik dan tidak lagi mengulangi kerenah, merompak melalui komisen keterlaluan sehingga kelengkapan kita ini kurang keupayaan untuk medan pertahanan yang kuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, di sini.

Tambah Anwar, beliau juga telah berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera dan ketua turus laut, udara dan darat bersama menteri untuk menyelesaikan isu tersebut.

Media Baharu