fb fb fb fb fb

Sistem pemilihan ahli parlimen belia akan diperhalusi

Tan Sri Dr Johari Abdul

KULAI, 9 Januari- Sistem pemilihan ahli parlimen belia akan diperhalusi bagi melahirkan anak-anak muda lebih berketerampilan untuk menjadi ahli parlimen pada masa depan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, kaedah pelaksanaan sistem tersebut sedang diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada proses pengundian pertama yang dijadualkan pada September tahun ini.  

Menerusi kaedah baharu itu jumlah perwakilan ahli parlimen belia akan diperluas kepada 222 anggota berbanding 100 ketika ini.

"Cuma sekarang kita lihat semula kaedah berkenaan pilihan raya mereka. Perkara itu kita akan laksanakan dan sedang diperhalusi. Saya fikir mungkin pada Mei atau Jun ini akan diumumkan kaedahnya.

"Kita ada 222 yang akan diwakili seorang belia dan mereka mempunyai parlimen sendiri. Secara fizikalnya dewan itu sudah ada di parlimen, cuma kita mahu naik taraf dengan harapan anak-anak muda yang menjadi ahli parlimen belia ini akan menjadi ahli parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah kilang pembuatan di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI