fb fb fb fb fb

Sistem PADU selamat

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 29 Mac - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan dengan mendapat panduan, nasihat serta maklum balas daripada beberapa pihak berkaitan dalam menguruskan keselamatan siber negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.

"Saya lihat tidak ada masalah dalam sistem ini, kerana seperti yang disebut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, data yang disimpan di dalam sistem PADU juga bersifat encrypted.

"Jadi sekiranya berlaku pun sebarang tindakan untuk mencuri data itu, tetapi pencuri data tidak boleh membuka dokumen ataupun data tersebut,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan pakar keselamatan siber, yang mengatakan sistem PADU dibangunkan menggunakan kaedah teknologi lapuk, yang berpotensi menjejaskan integriti data.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menyatakan keyakinannya terhadap tahap keselamatan sistem itu, apabila beliau termasuk ahli keluarganya sendiri telah selesai mendaftar maklumat peribadi dalam PADU.

TETITIA YUSOFF