SEREMBAN, 5 Januari- Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan pada Selasa lalu, terus mendapat reaksi positif orang ramai.
Kumpulan sasar mengakui, pengumpulan data bersepadu memastikan golongan yang sepatutnya dibantu tidak tercicir kerana kerajaan dapat merencana subsidi lebih baik.
Beberapa individu yang ditemui RTM berkongsi pandangan berkenaan perkara tersebut.
"Bagi saya rakyat Malaysia perlulah mendaftar dalam sistem PADU supaya rekod mereka dikemaskini dan rakyat Malaysia dalam golongan B40 akan mendapat bantuan mereka yang selayaknya", kata penjawat awam, Ida Maria Izal.
"Sistem PADU ini memang sangat ok, kerajaan dapat kenal pasti sesiapa yang mengisi sistem PADU ini, dapat terima subsidi kerajaan atau pun tidak. Jadi, ia dapat membantu kerajaan dari segi pendapatan negara dan sebagainya", kata penjawat awam Syairul Khairi Mahaod.
"Sistem PADU ini dapat menyampaikan kecekapan pemyampaian kerajaan kepada masyarakat. Jadi secara tidak langsung dari segi pengumpulan dan penyimpanan data-data khususnya rakyat Malaysia dari pelbagai sumber dapat disatukan, mudah untuk kerajaan merencanakan dari segi subsidi kepada masyarakat dengan lebih baik", kata penjawat awam Sheikh Mohd Asyraf Md Kasim.
"Saya pun baharu mendapat tahu dalam menerusi siaran televisyen, mengenai semua untuk bantuan B40, saya datang sini sebab tidak bekerja lagi", kata pesara Nordin Mohamad yang ditemui RTM.